Sunday, May 16, 2010

Sinopsis Filem Young And Dangerous

Ini merupakan salah satu filem kegemaran aku, mempunyai jalan cerita yang bagus, sesuai untuk di tonton oleh semua. Filem ini mempunyai 8 siri, bermula pada tahun 1996-2001. Di lakonkan oleh pelakon-pelakon yang terkenal. Tapi siri yang akhir sekali iaitu Young And Dangerous 8 - Goodbye Mr Cool aku belum tengok.

Young And Dangerous I

Cerita bermula apabila sekumpulan remaja cuba bermain bola sepak apabila mereka di tahan oleh ketua kongsi gelap kawasan itu Kwang (Ng). Seorang lagi ketua kongsi gelap Bee, yang baik telah menyelamatkan mereka daripada di pukul lagi teruk dan Bee telah membuat keputusan supaya mereka menyertainya di Kumpulan Hung Hing. 10 tahun selepas itu, mereka yang di ketuai oleh Ho Nam (Cheng), dan Chicken (Chan) sebagai orang kanan telah cepat naik menjadi ketua kongsi gelap. Mereka menghabiskan masa mereka dengan berjudi, minum arak, mengacau perempuan. Smartie (Lai) telah mencuri kereta Hong Nam (Cheng) dan tidak lama selepas itu mereka menjadi pasangan kekasih. Presiden Kumpulan Hung Hing (Yam), membuat keputusan untuk menghantar Ho Nam (Cheng) dan kawan-kawanya ke Macau untuk melaksanakan satu perjanjian. Semasa perjalanan ke sana, mereka terperangkap yang telah di rancang awal-awal oleh beberapa ahli kumpulan Hung Hing. Ho Nam mesti membersihkan nama nya dan menuntut bela atas kematian beberapa kawan baik nya.

Size = 291MB
Audio = Chinese
Subtitle = English
Download link = http://www.megaupload.com/?d=SDN5BGVJ




Young And Dangerous II

Siri kali ini lebih tertumpu kepada Chicken (Jordan Chan), yang terpisah daripada kawan-kawannya dan melepaskan dirinya ke Taiwan. Semasa di Taiwan, Chicken telah menyertai Kumpulan San Luen untuk menjaga dirinya. Selepas Chang Ho Nam mengetahui Chicken masih hidup dan mengetuai sebuah kumpulan di Taiwan, Chan Ho Nam (Kumpulan Hung Hing) cuba untuk bersekutu dengan Chicken (Kumpulan San Luen) daripada Taiwan. Sementara itu juga di Hong Kong, Chan Ho Nam dalam di lema apabila dia terlibat dalam pertandingan untuk ketua cawangan Causeway Bay dengan Tai Fei - salah seorang ahli Hung Hing yang juga mahukan Causeway Bay.


Size = 446MB
Audio = Chinese
Subtitle = English
Download link = http://www.megaupload.com/?d=WYMG0GS0


Young And Dangerous III

Cerita bermula apabila Chan Ho Nam (Dior Cheng Yee-kin) bergaduh dengan Crow (Roy Chueng Yiu-yeung), ahli kumpulan Tung Sing ketuanya Camel Lok (Michael Chan Wai-man). Apabila Kumpulan Tung Sing membuka kelab berdekatan dengan kelab milik Chan Ho Nam telah menimbulkan isu yang besar. Semasa di Eropah, Ketua Kumpulan Hung Hing Chiang (Simon Yam Tat-wah), telah di bunuh dan Ho Nam telah dipersalahkan atas kematian tersebut. Sementara itu, Crow telah membunuh ketua nya sendiri dan menggunakan masa pengkebumian untuk menunjukkan kuasanya dan membunuh sesiapa yang berani menentang nya. Sementara itu, sahabat baik Ho Nam, Chicken telah di terima masuk kembali ke Kumpulan Hung Hing selepas kumpulanya di Taiwan mengalami beberapa masalah dalaman. Kekasih Ho Nam, iaitu Smartie telah mengalami koma setelah jatuh di kejar oleh beberapa orang ahli kumpulan Tung Sing yang telah di arahkan oleh Crow untuk membunuh Chan Ho Nam. Chicken pula telah jatuh cinta kepada Shuk-fan (Karen Mok).

Size = 486MB
Audio = Chinese
Subtitle = English
Download link = http://www.megaupload.com/?d=33B7NOM9


Young And Dangerous IV

Kali ini tumpuan teralih kembali kepada Chicken setelah kemasukan dia kembali ke dalam Kumpulan Hung Hung. Ketua kumpulan Ting Sung telah membunuh salah seorang ahli kumpulan Hung Hing telah mencetuskan perebutan kuasa di antara Chicken dan protege Cheung iaitu Barbarian untuk berkuasa di Ting Sung. Ho Nam yang berpengalaman dalam kongsi gelap telah menasihat Chicken supaya menarik diri daripada perebutan kuasa tersebut, tetapi Chicke tidak mendengarnya kerana berfikir sudah sampai masanya untuk menjadi ketua cawangan sama seperti Ho Nam.
Kamu semua mesti ingin tahu kesudahan cerita ini. Adakah Chicken berjaya menggapai impiannya atau sebalik nya. Sama-sama lah kita tengok kesudahan cerita ini.


Size = 493MB
Audio = Chinese
Subtitle = English
Download link = http://www.megaupload.com/?d=A1NDKHSA



Young And Dangerous V

Siri kali Chan Ho Nam menerima tentangan yang baru daripada percabar yang baru yang seakan-akan namanya iaitu Szeto Ho Nam daripada Kumpulan Tong Sing. Szeto Ho Nam mahukan Causeway Bay menjadi hak miliknya sepunuh. Inspektor Lee ditugaskan untuk menangani masalah pergaduhan diantara kongsi-kongsi gelap,dia baru sahaja di tugaskan di Causeway Bay untuk memerhati tingkah laku ahli-ahli kongsi gelap. Keadaan semakin menjadi tegang apabila Ho Nam telah berjumpa dengan Szeto semasa keluar untuk makan malam tahun baru cina bersama teman wanita dan neneknya di sebuah restoren. Szeto telah membawa pengikutnya supaya memenuhi restoren tersebut supaya Ho Nam tidak dapat makan, dan untuk menaikkan marah Ho Nam,tapi Ho Nam telah menghubungi Inspektor Lee untuk menyelesaikan masalah tersebut, Inspektor Lee telah mengarahkan supaya Szeto serta para pengilutnya untuk beredar daripada restoren tersebut sebulum di masukkan ke dalam lokap. Szeto mengalah, dan meninggalkan restoren tersebut. Ikutilah siri ini, sila download di link bawah.

Size = 547MB
Audio = Chinese
Subtitle = English
Download link = http://www.megaupload.com/?d=LMGZGFGL


Young And Dangerous VI

Pelakon Young And Dangerous 6 ialah Ekin Chen yang memainkan watak Chang Ho Nam yang merupakan ahli kongsi gelap bertaraf tinggi di dalam Organisasi Penjenayah Hong Kong. Bersama Chen ialah Jordan Chan sebagai Chicken, merupakan ahli kongsi gelap bertaraf tinggi di dalam Organisasi Penjenayah Taiwan. Apabila kumpulan Chicken bercadang untuk bergabung bersama Kumpulan Kongsi Gelap Jepun, satu perkahwinan yang di aturkan oleh Ketua Penjenayah Jepun, iaitu ayah kepada bakal isteri Chicken. Semuanya berjalan dengan lancar tetapi anak kepada ketua penjenayah Taiwan mempunyai motif lain, dan ingin memecahbelah kan Kumpulan tersebut. Seperti yang dijangkakan, dia mahu menjadi ketua kepada kumpulan kongsi gelap Taiwan dan mengkhianati kumpulan tersebut dan membunuh sesiapa yang menghalang hasratnya itu.

Size = 380.39MB
Audio = Chinese
Subtitle = English
Download link = http://www.megaupload.com/?d=6RE7V3DM

0 comments:

Post a Comment

 


[tutup]