Monday, May 17, 2010

Cerita Cinta Saya Part 1


Kisah ini bermula dengan seorang insan yang bernama Faizal. Faizal merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta dengan mengambil diploma dan berada di tahun akhir. Faizal hanya seorang insan biasa, sama seperti orang-orang lain yang semestinya akan tewas dengan satu penyakit yang bernama 'CINTA'. Faizal sebenarnya baru sahaja berpisah dengan kekasihnya beberapa bulan yang lepas, atas sebab-sebab tertentu. Hari yang berlalu begitu pantas sekali, seperti hari-hari yang biasa, Faizal pergi ke kolej dengan kawan-kawannya. Di dalam kelas, Faizal merupakan seorang pelajar yang agak nakal (dah namanya lelaki kan). Setelah habis kelas yang akhir sekali, lebih kurang pukul 4.45 ptg, Faizal bangun dari tempatnya untuk keluar kelas, tiba-tiba Faizal terpandang seorang awek (bdk kelas skli), jantungnya terus berdegup dengan kencang.
Faizal menepuk bahu kawannya Zack dan bertanya..."Zack,awek mana tue?"...Zack bertanya balik..."Yang mane Zal?"...Faizal berkata sambil menunding jari..."Alaaa...yang pakai spek tue,hujung sana.."...dengan muka hairan,Zack berkata..."Oo..itu suraya...kenape?"...sambil memasukkan buku ke dalam beg...Faizal bertanya lagi..."Aku tak perasan dia sekelas ngn kita...Awek sapa tue Zack?"...Zack berkata lagi..."Tah laa,aku dengar2...Razif rapat dgn dia...Asal ko neh?"...Faizal sambil mengerutkan dahi..."Tak de pape laa...Jom balik..."..Setelah pulang ke rumah, Faizal masih terbayangkan gadis yang dia nampak di dalam kelasnya tadi...sejak daripada hari itu, Faizal sudah mula menyimpan perasaan terhadap gadis itu.

***bersambung...

0 comments:

Post a Comment

 


[tutup]