Thursday, May 27, 2010

Ketentuan

Kedinginan bumi Switzerland mencengkam sampai ke tulang. Serasa tidak mahu melepaskan selimut yang membalut diri. Tapi tanggungjawab kepada 2 insan teristimewa dalam hidupku perlu diteruskan. Sambil menyediakan sarapan pagi dapat ku lihat hujan renyai dari tingkap kaca dapurku. Rindu pada kenangan lama menggamit memori.

Hujan petang hari ini cukup dingin dan membekukan. Lama sungguh bumi USM tidak dibasahi hujan. Hampir 3 bulan rasanya. Dan hujan hari ini adalah Rahmat Allah yang tak terhingga. Rindu benar rasanya akan kedinginan dan bau hujan yang menyenangkan.

“Ayunie!! Cepatlah!!” jerit Dalia sebaik sahaja keluar dari dewan kuliah. Hujan-hujan macam ni semua dah tak sabar nak balik ke bilik. Bagaikan ada tilam,bantal dan selimut yang memanggil melambai-lambai minta pulang segera. Hehehe…

“Sabarlah,bukan senang nak dapat hidu bau hujan ni. Wow!!nyamannya” bagaikan gelagat seorang puteri di taman istana sedang menghidu haruman bunga.

“Gila apa budak ni?? Bau hujan dikata nyaman?? Dah buang tebiat lah tu” bebel Qistina sambil melangkah laju menyusuri susur gajah ke asrama perempuan. Tiba di laluan yang tiada susur gajah, kami terpaksa berlari supaya tidak dibasahi hujan. Nasib baik tak jauh. Jadi tak adalah kami basah sangat.

Aku sebilik dengan Dalia. Qistina pula sebilik dengan Arina. Kitaorang 4 orang ni memang kamcing gila. Kebetulan satu course. Pergi mana-mana mesti berempat. Tak pernah berpisah lah.

“Alamak!!macam mana lah aku boleh terlewat pulak ni!!” Hujan semalam memang lebat sangat. Tidur rasa macam tak nak bangun. Lepas sembahyang subuh boleh sambung mimpi balik, itu yang terlajak ke pukul 8.30pg. Dalia kejut aku buat tak tahu, aku siap suruh diaorang pergi kuliah dulu. Gila berani. Ni lah jadinya. Lambat.

Lintang pukang aku berlari. Habis semua orang aku langgar.
“Aduh!!!!” sakit gila kepala aku. Bebel aku sambil mengurut-urut kepala. Habis semua buku berlambak. Lagi dah lambat. Macam-macam pulak jadi.

“Sorry. Did u hurt??” Tanya mamat yang aku langgar. Dia pun tolong kutip buku aku yang bertabur.
“No..no.. I’m okey” balas aku tanpa menoleh ke arahnya. Nak cepat. Dah kutip semua buku aku pun ucap terima kasih dan minta maaf sambil terbongkok-bongkok macam orang Jepun. Belum sempat dia cakap apa-apa aku dan jalan dulu. Tapi sempat juga aku jeling. Hensem.

“Eh, kenapa tak masuk lagi ni??aku rasa aku dah habis lewat dah ni” sambil mengerling jam di tangan. 9.33 pagi. Kuliah sepatutnya pukul 9.00 pagi.

“Kelas di tunda la sayang. Puan Asmalia cuti emergency 2 hari, assistant dia ganti nanti, pukul 11.30″ jawab Arina.

“Dah tau kelas tak ada, kenapa tak call aku?? Tak adalah aku berlari macam orang kena kejar hantu. Habis semua orang aku langgar” marah aku sambil termengah-mengah. Penat berlari tadi tak hilang lagi.

“Hey!!” jerkah Arina,Dalia dan Qistina serentak. Terperanjat aku!!

“Orang dah call.Awak yang tak angkat!! Call lagi sekali dah tak dapat pulak. Suka-suka dia je nak marah kita. Dah cukup baik kita tunggu dia setengah jam lebih kat sini. Bukan nak cakap terima kasih ke apa ke, di marah kita lagi ada” marah Arina.

“Dah girls, jom kita pergi makan. Biar minah ni sorang-sorang kat sini” balas Qistina sambil menjeling pada aku. Tangan kanan disilang dengan tangan Arina dan tangan kiri disilang dengan tangan Dalia. Berjalan beriringan bertiga meninggalkan aku yang terkulat-kulat lepas kena marah.

Cepat-cepat aku lari pintas diaorang.
“Sorry..sorry..minta ampun minta maaf. Janji tak buat lagi” sambil menyusun sepuluh jari depan diaorang.

“Aik, takkan sorry je kot??” balas Dalia. Diangguk tanda setuju oleh Qistina dan Arina.

“Okey lah, aku belanja breakfast kat gerai tepi tu. Kat kafe mahal sangat lah”
“Gerai pun gerai lah. Janji orang belanja”balas Arina. Diaorang gelak besar lepas tu. Rupanya diaorang kenakan aku, bukan marah pun, saja buat-buat marah. Geramnya.

Lepas makan kitaorang terus ke dewan kuliah.
“Tak pernah pulak kita belajar dengan assistant Puan Asmalia ni ya. Orang kata dia straight orangnya” cerita Arina. Minah ni semua cerita dalam poket dia. Cuma betul dengan tidak je. Hehehehe..

Sambil mencari pen dalam poket beg baru aku perasan yang phone aku ter’OFF”. Patutlah diorang call tadi tak dapat.
Belum sempat aku nak ON, assistant Puan Asmalia dah masuk.

“Macam pernah jumpa. Kat mana?? Siapa ya??” bisik aku dalam hati,sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal di balik tudung bawal hijau yang ibu beli di Kelantan bulan lepas.

“Gila hensem. Macam ni muda dah jadi pensyarah?? Korang agak-agak berapa umur dia ya?? Dah kahwin belum??” bebel Qistina. Minah yang seorang ni pulak pantang tengok mamat macho sedikit dah mula lah nak ambil tahu itu ini. Kalau tak, masakan brader kantin pun dia nak ajak berkenalan. Gatal tak bertempat.

Habis sahaja kuliah, semua pelajar berpusu-pusu keluar. Yang nak pergi makan tengahari lain, yang nak balik lain, yang nak pergi library lain. Macam-macam lah. Kitaorang mestilah nak balik bilik. Tidur.. hehehehe

“Girls” jerit satu suara daripada belakang sebaik sahaja kami hendak melangkah keluar daripada dewan. Serentak kami berempat menoleh ke belakang. En.Zafrul!!!

“Can I talk to the lady with green scarf??”
Kitaorang membelek tudung masing-masing. Mencari siapa antara kami yang memakai tudung hijau.

Aku membeliakkan mata sambil menunding jari telunjuk tepat ke batang hidung sendiri. Just for sure, adakah orang yang dimaksudkan adalah aku.

“Yes you are. Any other girls with green scarf beside you?” Sah-sah lah aku seorang je yang pakai tudung hijau,lagi nak buat-buat tak sure. Aduh!! Kan dah kena.

“Yes, En.Zafrul??” Tanya aku.

“The others, you can wait your buddy out site” tegas En.Zafrul tapi di akhiri dengan senyuman. Gila macho. Sempat lagi aku berangan.

“Boleh saya tengok telefon awak sekejap??” apa hal pulak tiba-tiba minta phone aku ni?? Setahu aku, aku tak pernah simpan apa-apa gambar atau video mengarut dalam phone aku ni. Aduh, makin resah aku di buatnya. Lagi satu,pandai pulak En.Macho ni cakap melayu.Lebih 2 jam kuliah dia bantai cakap Bahasa Inggeris, tak ada sepatah pun bahasa melayu. Respect gila aku kat anak melayu yang boleh cakap BI macam air. Pronouns yang tepat, grammar yang betul. Hebat.

“What are you dreaming girl??”
Terperanjat aku. Aku ni pun satu hal,dalam macam ni boleh mengelamun lagi. Gila-gila.

“Err.. nothing sir.. nothing” gugup gila ah.
“I ask u again, can I see you phone young lady??” lagi sekali terkena. Cepat-cepat aku keluarkan phone dari dalam beg sandang sisi. Alamak, OFF pulak. Cepat-cepat aku ON semula. Tapi bila aku masukkan password tak boleh pulak. Aduh, time macam nil ah dia nak buat hal. Trouble.

“Its ok, just give me the phone” bila dia tengok aku terkial-kial masukkan password tapi tetap tak boleh ON. Dia pulak masukkan password. Tiba-tiba boleh ON. Sambil menunjukkan screen yang dah boleh ON pada aku. Terperanjat tahap karma aku. Macamana dia boleh tahu password aku???

“Don’t be surprised girl.” Sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam poket kiri seluar dia.
Phone!! Phone yang sama jenis,warna,bentuk. Senang cerita, sama semuanya.

“Actually, this is your phone” sambil menghulurkan phone di tangan kirinya.
“and, this is mine” sambil menunjukkan screen phone ditangan kanannya. Ada gambar dia dengan seorang perempuan. Cantik.

“Awak tersalah ambil masa awak langgar saya pagi tadi. I have tried to call you many times, tapi tak dapat. Mungkin sebab phone tu ter’OFF’ sendiri bila terjatuh tadi. You really in hurry yeah” Oh..inilah mamat macho yang aku langgar pagi tadi. No wonder lah aku rasa macam kenal aje. Apa punya pelupa lah aku ni.

“Sorry sir. I’m so sorry. I don’t remember you before. Dan kalau phone tu ada apa-apa kerosakan, En.Zafrul bagitahu saya. I’ll paid” balasku tanda bersalah yang amat sangat. Takut pun ada juga sebenarnya. Hehehehe..

Lepas settled semua,aku pun minta diri. Aku berjalan keluar tanpa menoleh kebelakang sedikit pun. Malu.

Gila nervous. Setiap kali nak exam, mesti nervous tahap karma. Study tahap membunuh. Sampai pukul 4-5pagi kitaorang study. Qistina dan Arina pun lepak study dalam bilik aku. Study ramai-ramai tak bosan sangat. Tapi kalau terlalu ramai pun bahaya jugak. Bukan study, borak yang lebih. Setakat kitaorang berempat boleh tahan lagi. Setiap sem pun mesti kejar Anugerah Dekan. Alhamdulillah dah 5 sem kitaorang tak pernah gagal Anugerah Dekan. Itu sebab ramai student cop kitaorang 4B untuk ‘4 Baby Barbie Beautiful Brilliant,’ ada jugak cakap 4B untuk ‘4 beautiful girls’ and macam-macam lagi lah. Tapi kitaorang tak pernah leka dengan semua tu. Buat tak tahu je. Relax and cool. Hehehehe..

Malam sebelum exam aku dapat satu mesej daripada nombor yang aku tak kenali.

Assalamualaikum..
Wish you all the best for tomorrow paper..
Wish Allah bless u with Rahmat and Nur-Nya..
Wish you luck and get the best
Nothing could change until you work for it…
Assalamualaikum..
Izhar

Izhar?? Siapa pula la Izahar ni. Seingat akulah, aku tak ada kawan nama Izhar. Salah send lah ni. So aku buat tak tahu je. Sebab memang selalu sangat orang salah hantar mesej. Nak berkenalan lah. Nak kawan lah. Macam-macam lagi.

Habis paper petang tu aku dapat lagi satu mesej.

Assalamualaikum..
How’s your exam today?
Hope everything is fine
Assalamualaikum..
Izhar

Mamat ni lagi. Malam tadi boleh lah cakap salah send. Tapi kalau hari ni tak kan salah send lagi?? Siapa dia ni?? Mungkin dia simpan nombor yang salah. Itu yang dia asyik hantar kat aku. Aku pun forward semula mesej dia sebab kesian pulak, send kat orang yang salah.

Assalamualaikum..
How’s your exam today?
Hope everything is fine
Assalamualaikum..
Izhar

**sorry sir, you have sent the msg to the wrong person maybe. I don’t know who you are**

Esok kitaorang ada paper lagi. Penat first paper pun tak hilang lagi. Nasib baik ada selang 3 hari. Dapat juga rehatkan kepala. Format balik otak ni. Nak masukkan program baru pula. Malam sebelum second paper aku dapat lagi mesej.

Assalamualaikum..
I’m not sent to wrong person, I sent to you Miss Ayunie Iryanie..
Wish you all the best again for 2nd paper tomorrow..
Hope bless Allah always be with you..
Remember one thing..
Nothing could change until you work for it…
Assalamualaikum..
Izhar

Dia tahu nama penuh aku?? Dia tahu schedule exam aku. Siapa dia sebenarnya?? Ligat kotak fikiran aku memikirkan siapa empunya nama. Mungkin ada antara kenalan yang mempunyai nama yang hampir sama. Tapi gagal. Ingin aku tanya pada ketiga-tiga sahabat karibku. Tak sampai hati pula. Maing-masing sedang leka mengulang kaji pelajaran. Argh, yang aku sibuk-sibuk pening kepala buat apa. Bukan dapat apa pun. Baik aku terus ulang kaji pelajaran daripada memikirkan manusia yang tak pernah wujud dalam hidup aku. Abaikan.

Seperti selalu, setiap ada paper esoknya, malam itu pasti aku akan dapat mesej pembakar semangat. Setiap kali keluar dari dewan peperiksaan juga aku akan dapat mesej mendoakan segalanya mudah bagiku. Sampailah sehingga tamat semua paper.

Kami ramai-ramai menjerit keseronokan. Tiada lagi kuliah. Tiada lagi assignment. Tiada lagi test. Tiada lagi exam. Semuanya telah TAMAT. Semoga semuanya berjaya dengan cemerlang. Terutama buat 3 rakan karibku, Dalia,Qistina dan Arina. Wish u always be the best omong the best. Nothing could change until you work for it.
Tiba-tiba aku teringat akan si dia. Siapa dia?? Diman dia?? Adakah dia sentiasa memerhatikan aku?? Hadirlah..muncullah walau dimana kau berada..segunung harapan ku panjatkan di dalam hati.

Hari ini kitaorang semua pergi bercuti di Melaka. Bukan sahaja kami berempat, tapi boleh dikatakan hampir sekelas yang mengikuti percutian kali ini. Yang kami tak sangka, pensyarah-pensyarah tahun akhir kami pun ikut serta. Bersama keluarga masing-masing. Kira rombongan percutian lah. Melibatkan 2 buah bas menuju ke Negeri Bersejarah,Melaka. Seronok sangat.

Semasa dalam bas aku dapat lagi mesej daripada orang yang sama.

Assalamualaikum..
You are so happy today..
Nice to see you with that face and beautiful green scarf..
Really love to see you with the green scraf..
Hope you’ll enjoyed with this trip..
Assalamualaikum..
Izhar

This trip??? Dia tahu aku pakai tudung hijau?? Mesti dia salah seorang yang berada dalam rombongan ni. Bingkas aku bangun mencari siapa sahaja yang memegang handset.
Tapi terlalu ramai. Kecewa.

Sepanjang percutian kali ini memang tiada satu pun perkara yang tidak menggembirakan. Semuanya akan kusimpan dalam kotak memori aku sebagai kengan terindah. Dan sepanjang percutian ini juga, setiap masa aku akan menerima mesej dari Izhar. Namanya cukup sinonim dengan nada dering mesej handset aku. Tapi orangnya belum pernah ku temui. Siapa dia sebenarnya??

Semasa sedang menyaksikan pelajar dan pensyarah lelaki bermain bola tamper pantai, tiba-tiba aku terdengar seseorang menjerit memberi semangat dengan kata-kata semangat yang taka sing lagi bagi aku.
“Hey guys!! Keep it up!! I know you can change the board mark!!! Nothing could change until you work for it!! “
Bila aku berpaling mencari gerangan suara, terlalu ramai orang di tepi pantai tersebut. Sekali lagi..Hampa..

Malam terakhir kami di Melaka, pihak hotel menyediakan makan malam barbeque. Tiba-tiba En.Zafrul, assistant Puan Asmalia menghulurkan sepiring udang dan ayam yang telah dipanggang kepada aku. Dia terus berlalu sebaik sahaja menghulurkan piring tersebut. Sebelum berlalu dia sempat membisikkan sesuatu kecuping telinga aku,
“You are really beautiful with this green scarf” Terperanjat gila aku. Belum sempat aku membalas apa-apa dia dah berlalu pergi berbual bersama kelompok pensyarah yang lain.

Malam itu aku tak dapat tidur langsung. Aku lihat Dalia.Qistina dan Arina begitu nyenyak sekali diulit mimpi. Masing-masing kepenatan bersukan siang tadi. Kitaorang menang besar. Semuanya jasa Arina. Yelah,bekas pemain bola tampar wanita Negara.

Tapi mata aku asyik terkebil-kebil memikirkan siapa dia Izhar dan adakah dia ada kaitan dengan En.Zafrul. seribu pertanyaan menerjah ke benakku. Tiba-tiba satu mesej masuk kedalam kotak inbox handset aku.

U are not sleep yet??
Why?? Is that because of me??
I’m really sorry if my massage make you feel uncomfortable..
I cant straight forward to you because you are 1 of my student
From bottom of my heart..
I really falling in love with you..

Since 1st time I see u I already in love with you
I really thanks to God when you bump on me
I really thanks to God when you take my phone
I really thanks to God because this is your last semester
So I don’t have to wait long to tell you what is my feelings towards you
Will you be apart of my life?
Will you be apart of my heart?
Will you be apart of my strength?

I have send something in front of the door..
If u will apart of all that, please use that thing tomorrow morning to go back to USM.
And if you can’t, just take it as a gift from Melaka.
I’ll wait you answer tomorrow.

I accept everything as ketentuan Allah s.w.t

Have a nice sleep my green lady..

Assalamualaikum..
Salam sayang,
Zafrul Izhar

Astarghfirullahalazim..sambil ku meraup muka dengan kedu-dua belah telapak tangan. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu yang dikirim kepadaku. Pantas aku berlaki menuju ke pintu. Sebaik sahaja pintu bilik ku buka, ada satu kotak kecil besampul dengan pembalut hadiah berwarna hijau bercorak dedaun.

Sehelai tudung berwarna hijau bercorak dedaun. Sama macam sampul pembalut kotak tersebut. Cantik. Terdapat sekeping kad didalamnya
Cinta yang sejati
Lahirnya dari hati
Yang tulus dan suci
Berbekalkan budi dan pekerti
Hadiah agung dari Ilahi..

**maaf saya bukan penyajak atau penyair yang baik
Zafrul Izhar

Malam itu juga aku mohon petunjuk Yang Maha Mengetahui. Aku buat solat istikharah. Mohon Allah beri petunjuk yang terbaik buatku. Selepas solat istikharah, aku tak fakir apa-apa lagi. Terus baca doa tidur dan tidur.

“Ayunie, aku dah siap gosokkan baju dengan tudung kau. Aku sidai kat kerusi meja solek tu” Dalia terus bersuara sebaik sahaja aku keluar dari bilik air.
“Wah, rajinnya sahabat aku ni. Mimpi apa malam tadi??” gurau aku.
“Eh Ayunie,bila kau beli tudung tu??tak pernah nampak kau pakai pun” tiba-tiba Arina bersuara. Terperanjat aku. Rupanya tudung yang di gosok oleh Dalia adalah tudung pemberian En.Zafrul Izhar. Aku terus terduduk, menitik manik jernih dibibir mataku. Adakah ini yang dikatakan ketentuan Yang Maha Agung. Adakah ini yang dikatakan jodoh pertemuan ketentuan Allah. Andai ini semua yang direncanakan oleh-Nya, aku terima dengan hati yang ikhlas.

Sahabat-sahabat aku kehairanan dengan apa yang berlaku. Aku ceritakan semuanya pada mereka bertiga tanpa ada tertinggal seinci pun.Mereka terperanjat besar. Tak pernah terlintas pun difikiran mereka tentang semua ini. Aku apatah lagi.

Dilobi hotel dari jauh aku nampak senyuman En.Zafrul Izhar. Tudung hijau pemberiannya cantik terbentuk dikepalaku. Aku turut tersenyum dalam gementar. Dia dating menghampiriku lalu membisikan ucapan terima kasih. Tiga orang sahabat karibku tersenyum keriangan.

Setelah 2 tahun menjalin cinta jarak jauh. Aku di bumi Malaysia dan dia dibumi Switzerland. Kami setuju hubungan ini dibawa kejinjang pelamin. Ikatan cinta antara Zafrul Izhar bin Zahri Ikram dengan Ayunie Iryanie bt Ahmad Iskandar bersaksikan saudara mara dan sahabat handai berlangsung dengan meriah dan sempurna, berkat keizinan Yang Maha Merencana setiap kejadian.Bersyukur teramat sangat.

“Jauh mengelamun??” sapa suamiku dari belakang mematikan lamunan ku tentang pertemuan cinta kami.
“Sedapnya bau nasi lemak ni. Nasi lemak di bumi Switzerland. Memang mengancam” sambil menunjukkan ibu jari ke atas tanda sangat bagus.
Selepas berkahwin, aku mengikut dia berhijrah ke Switzerland atas tuntutan kerja sebagai jurutera.
Benarlah kata orang tiada pertemuan pertama tak akan ada pertemuan seterusnya. Dan bagi aku, tiada Zafrul Izhar dan Ayunie Iryanie tiadalah Ain Zulaikha bt Zafrul Izhar.
Dua insan teristimewa dalam hidupku. Hadir atas ketentuan Yang Maha Menjadikan. Allah s.w.t.

tanda-tanda cinta

1. Dia akan selalu menghubungi anda.. (sms dan call).. Bangun pagi, dia akan sms anda.. sbb andalah org pertama yang bermain di pikirkan nya apabila dia sudah jatuh cinta.. Inbox anda kini penuh dgn pesanan ringkas daripada dia..

2. Dia ingin mengetahui semuanya tentang anda.. Setiap saat dia nk tahu apa yang anda buat, siapa kawan anda, apa kegemaran anda, tentang keluarga anda.. semuanya akan dia tanya.. Baginya.. terlalu banyak soalan ingin di utarakan apabila sudah jatuh cinta..

3. Dia kini seperti pemberita. Setiap saat apa yang dia lakukan.. dia ingin memberitahu anda. Ingin memaklumkan apa yang dia buat, apa yang terjadi pada dia, kepada anda.. Dia ingin berkongsi kegembiraaan, dan kesedihan dgn anda. Jgn terkejut jika anda adalah org pertama dia hubungi apabila mendapat berita gembira dan sebagainya walaupun tengah malam atau pagi buta..

4. Masanya hanya untuk anda. Cakap saja bila, di mana.. dia pasti ada untuk anda. Jika anda perlukan dia.. dia sanggup tinggalkan kerjanya dan terus bergegas menemui anda..

5. Anda mula di hujani bunga, coklat, hadiah, kad, dan sebagainya. Walaupun bukan hari jadi anda.. walaupun bukan ulang tahun perkenalan anda.. anda tetap akan menerima sesuatu daripadanya. Ini bermakna.. ke mana saja yang dia pergi.. dia akan teringatkan anda.. Nampak saya barang2 y cantik dan menarik.. dia akan terpikir anda.. ingin melihat senyuman di bibir anda.. Hei.. dia da benar-benar jatuh cinta!

6. Rambut dia sentiasa basah ketika bertemu anda.. Dia sentiasa berpakaian kemas utk menemui anda.. Dia mahu memberi image y terbaik di hadapan anda.. Mungkin juga ada y sakit hidung kerana perfume y terlalu kuat di pakai oleh dia. Jgn salahkan dia.. dia sedang mabuk cinta.. andalah penyebabnya

7. Si dia tidak lagi perlukan hiburan. Tak perlu menonton cerita lawak dan sebagainya utk ketawa.. Hanya dgn membaca sms anda.. dia mampu tersenyum lebar.. dan ketawa hingga tak keruan jadinya.. Anda penyebab dia di gelar 'gila'..

8. Kesalahan anda mudah untuk dimaafkan. Kalau anda terlupa janji anda.. datang lewat utk temu janji.. ada buat salah dan sebagainya.. dia akan jawab 'Tak apa'.. erm.. bg dia.. sudah cukup gembira anda sudi berada di sisinya.. Huish.. mmg tangkap cintan la ni.

9. Dia menjemput kamu makan malam di rumah keluarganya.. Jaga-jaga.. dia benar-benar telah jatuh cinta.. dia tidak akan melepaskan anda!

Wednesday, May 26, 2010

Nike Mercurial Vapor Superfly Sempena Piala Dunia 2010 Afrika Selatan ^_^

Nike Mercurial Vapor Superfly Yellow

**Ney haa kasut idaman aku, yang masih belum2 aku dapat beli lg.

**Aku pon tak tahu kenape aku minat sangat ngan kasut neh (sbb CR pkai kot. hehe)

**Walaupn aku dh beli kasut futsal yg sebijik cam neh, aku ttap xpuas hati lg, Insyallah kalu ade rezeki, kasut neh aku akan pakai mase men bola nnti..hehe :D

**Piala dunia pn makin dkt, abah aku dh janji nk psang Astro kt umah nty, hati mmg dh seronok gila, maklumlah abah aku tue kaki bola jgak, lau xtgk bola ngn dia mmg xsah laa...hehe

**Piala dunia kali neh akan jadi lebih bermakna, aku jangka pasukan pilihan aku iaitu Portugal akan memenangi Piala Dunia 2010

**So, kepada pasukan2 Piala Dunia yg lain, jangan harap korang menang dengan senang2..dengan adanya CR :)

Tuesday, May 25, 2010

Cerita Cinta Saya Part 2


Sudah agak lama Faizal memerhatikan Suraya daripada jauh, timbul juga niat di hatinya untuk menegur Suraya. Tapi apakan daya, Faizal memang seorang yang pemalu dengan perempuan, terutama sekali dengan perempuan yang dia suka. Pada satu malam, ketika Faizal sedang leka menatap skrin laptopnya, datang seorang kawang baiknya iaitu Daus.

Daus : Zal, aku ada 'sumtin' nak bagi kat kau, mesti kau berminat.
Faizal : Ape? (sambil menatap laptop)
Daus : Neh haa. (sambil menunjukkan sesuatu di skrin telefon)
Faizal
: E-mail sapa neh?
Daus : Suraya.
Faizal : Eh! mana ko dapat?
Daus : Aku rembat drpda Razif, mase dia tgh chat ngn Suraya td. (sambil tersenyum) Aku tahu ko minat Suraya kan? Aku nk tlg ko neh.
Faizal : Wah! ko mmg kwan baik aku laa. (menepuk-nepuk bahu) Terima kasih!

Tanpa membuang masa, Faizal terus mengambil alamat E-mail tersebut. Pada mulanya, Faizal agak malu untuk berterus terang, Suraya pula memberi respon yang agak kurang memuaskan. Mungkin di sebabkan Suraya masih belum mengenali Faizal

***bersambung ^_^

Monday, May 24, 2010

Ape Kejadahnya Ney!!!~


MasyaAllah! sanggup menghina/mencaci pencipta sendiri, memang akhlak orang yang membuat group neh dah betul2 rosak. Aku sendiri terkejut, sedih melihat benda ini. Tujuan aku postkan artikel ini supaya ada pihak yang sudi mengambil berat pasal benda neh. Aku harap pihak Admin Facebook cepat2 laa remove group sebelum kena apa2 tindakan, dah memang terang2 benda neh menyalahi undang2 dunia, apatah lagi undang2 Allah. Aku kalau dapat orang yang buat group neh, setakat bakar hidup2 memang xcukup nak bersihkan dosa2 dia. Nauzubillah! hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui!

Sunday, May 23, 2010

uchiha sasuke


Maklumat Peribadi

Nama : Uchiha Sasuke
Umur : 16
Tarikh Lahir : 23/07
Jantina : Lelaki
Jenis Darah : AB
Ketinggian : 168.0 cm
Berat : 52.2 kg
Keturunan : Mata Sharingan (Uchiha Clan)

Maklumat Ninja

No ID : 012606
Hidden Village : Leaf
Taraf : Genin
Taraf Semasa : Missing-nin
Kumpulan Asal
: Haruno Sakura, Uzumaki Naruto, Hatake Kakashi
Kumpulan Sekarang : Hawk - Suigetsu, Karin, Juugo

Maklumat Tambahan

Jutsu : Goukakyuu, Gouryuuka, Heaven Cursed Seal, Kirin, Konoha Kage Buyou, Nawanuke, Ryuuka, Sharingan Soufuusha Sannotachi, Shishi Rendan
Senjata : Kusanagi Sword
Elemen tidak diketahui : Katon, Raiton

***nie adalah antara watak2 anime yang aku minat, aku ikuti anime Naruto neh dari first2 kuar kt tv, citer paling best diantara yang terbest...hehe ^_^

Wednesday, May 19, 2010

"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

Tuesday, May 18, 2010

senario alam perkahwinan

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."

*** p/s : ini bukan utk mengutuk para suami @ isteri, tp benda neh btul2 terjadi...hehe...aku tak bleh bayangkan lau dah khwin nnt...hahaha

Monday, May 17, 2010

Cerita Cinta Saya Part 1


Kisah ini bermula dengan seorang insan yang bernama Faizal. Faizal merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta dengan mengambil diploma dan berada di tahun akhir. Faizal hanya seorang insan biasa, sama seperti orang-orang lain yang semestinya akan tewas dengan satu penyakit yang bernama 'CINTA'. Faizal sebenarnya baru sahaja berpisah dengan kekasihnya beberapa bulan yang lepas, atas sebab-sebab tertentu. Hari yang berlalu begitu pantas sekali, seperti hari-hari yang biasa, Faizal pergi ke kolej dengan kawan-kawannya. Di dalam kelas, Faizal merupakan seorang pelajar yang agak nakal (dah namanya lelaki kan). Setelah habis kelas yang akhir sekali, lebih kurang pukul 4.45 ptg, Faizal bangun dari tempatnya untuk keluar kelas, tiba-tiba Faizal terpandang seorang awek (bdk kelas skli), jantungnya terus berdegup dengan kencang.
Faizal menepuk bahu kawannya Zack dan bertanya..."Zack,awek mana tue?"...Zack bertanya balik..."Yang mane Zal?"...Faizal berkata sambil menunding jari..."Alaaa...yang pakai spek tue,hujung sana.."...dengan muka hairan,Zack berkata..."Oo..itu suraya...kenape?"...sambil memasukkan buku ke dalam beg...Faizal bertanya lagi..."Aku tak perasan dia sekelas ngn kita...Awek sapa tue Zack?"...Zack berkata lagi..."Tah laa,aku dengar2...Razif rapat dgn dia...Asal ko neh?"...Faizal sambil mengerutkan dahi..."Tak de pape laa...Jom balik..."..Setelah pulang ke rumah, Faizal masih terbayangkan gadis yang dia nampak di dalam kelasnya tadi...sejak daripada hari itu, Faizal sudah mula menyimpan perasaan terhadap gadis itu.

***bersambung...

Sunday, May 16, 2010

Sinopsis Filem Young And Dangerous

Ini merupakan salah satu filem kegemaran aku, mempunyai jalan cerita yang bagus, sesuai untuk di tonton oleh semua. Filem ini mempunyai 8 siri, bermula pada tahun 1996-2001. Di lakonkan oleh pelakon-pelakon yang terkenal. Tapi siri yang akhir sekali iaitu Young And Dangerous 8 - Goodbye Mr Cool aku belum tengok.

Young And Dangerous I

Cerita bermula apabila sekumpulan remaja cuba bermain bola sepak apabila mereka di tahan oleh ketua kongsi gelap kawasan itu Kwang (Ng). Seorang lagi ketua kongsi gelap Bee, yang baik telah menyelamatkan mereka daripada di pukul lagi teruk dan Bee telah membuat keputusan supaya mereka menyertainya di Kumpulan Hung Hing. 10 tahun selepas itu, mereka yang di ketuai oleh Ho Nam (Cheng), dan Chicken (Chan) sebagai orang kanan telah cepat naik menjadi ketua kongsi gelap. Mereka menghabiskan masa mereka dengan berjudi, minum arak, mengacau perempuan. Smartie (Lai) telah mencuri kereta Hong Nam (Cheng) dan tidak lama selepas itu mereka menjadi pasangan kekasih. Presiden Kumpulan Hung Hing (Yam), membuat keputusan untuk menghantar Ho Nam (Cheng) dan kawan-kawanya ke Macau untuk melaksanakan satu perjanjian. Semasa perjalanan ke sana, mereka terperangkap yang telah di rancang awal-awal oleh beberapa ahli kumpulan Hung Hing. Ho Nam mesti membersihkan nama nya dan menuntut bela atas kematian beberapa kawan baik nya.

Size = 291MB
Audio = Chinese
Subtitle = English
Download link = http://www.megaupload.com/?d=SDN5BGVJ




Young And Dangerous II

Siri kali ini lebih tertumpu kepada Chicken (Jordan Chan), yang terpisah daripada kawan-kawannya dan melepaskan dirinya ke Taiwan. Semasa di Taiwan, Chicken telah menyertai Kumpulan San Luen untuk menjaga dirinya. Selepas Chang Ho Nam mengetahui Chicken masih hidup dan mengetuai sebuah kumpulan di Taiwan, Chan Ho Nam (Kumpulan Hung Hing) cuba untuk bersekutu dengan Chicken (Kumpulan San Luen) daripada Taiwan. Sementara itu juga di Hong Kong, Chan Ho Nam dalam di lema apabila dia terlibat dalam pertandingan untuk ketua cawangan Causeway Bay dengan Tai Fei - salah seorang ahli Hung Hing yang juga mahukan Causeway Bay.


Size = 446MB
Audio = Chinese
Subtitle = English
Download link = http://www.megaupload.com/?d=WYMG0GS0


Young And Dangerous III

Cerita bermula apabila Chan Ho Nam (Dior Cheng Yee-kin) bergaduh dengan Crow (Roy Chueng Yiu-yeung), ahli kumpulan Tung Sing ketuanya Camel Lok (Michael Chan Wai-man). Apabila Kumpulan Tung Sing membuka kelab berdekatan dengan kelab milik Chan Ho Nam telah menimbulkan isu yang besar. Semasa di Eropah, Ketua Kumpulan Hung Hing Chiang (Simon Yam Tat-wah), telah di bunuh dan Ho Nam telah dipersalahkan atas kematian tersebut. Sementara itu, Crow telah membunuh ketua nya sendiri dan menggunakan masa pengkebumian untuk menunjukkan kuasanya dan membunuh sesiapa yang berani menentang nya. Sementara itu, sahabat baik Ho Nam, Chicken telah di terima masuk kembali ke Kumpulan Hung Hing selepas kumpulanya di Taiwan mengalami beberapa masalah dalaman. Kekasih Ho Nam, iaitu Smartie telah mengalami koma setelah jatuh di kejar oleh beberapa orang ahli kumpulan Tung Sing yang telah di arahkan oleh Crow untuk membunuh Chan Ho Nam. Chicken pula telah jatuh cinta kepada Shuk-fan (Karen Mok).

Size = 486MB
Audio = Chinese
Subtitle = English
Download link = http://www.megaupload.com/?d=33B7NOM9


Young And Dangerous IV

Kali ini tumpuan teralih kembali kepada Chicken setelah kemasukan dia kembali ke dalam Kumpulan Hung Hung. Ketua kumpulan Ting Sung telah membunuh salah seorang ahli kumpulan Hung Hing telah mencetuskan perebutan kuasa di antara Chicken dan protege Cheung iaitu Barbarian untuk berkuasa di Ting Sung. Ho Nam yang berpengalaman dalam kongsi gelap telah menasihat Chicken supaya menarik diri daripada perebutan kuasa tersebut, tetapi Chicke tidak mendengarnya kerana berfikir sudah sampai masanya untuk menjadi ketua cawangan sama seperti Ho Nam.
Kamu semua mesti ingin tahu kesudahan cerita ini. Adakah Chicken berjaya menggapai impiannya atau sebalik nya. Sama-sama lah kita tengok kesudahan cerita ini.


Size = 493MB
Audio = Chinese
Subtitle = English
Download link = http://www.megaupload.com/?d=A1NDKHSA



Young And Dangerous V

Siri kali Chan Ho Nam menerima tentangan yang baru daripada percabar yang baru yang seakan-akan namanya iaitu Szeto Ho Nam daripada Kumpulan Tong Sing. Szeto Ho Nam mahukan Causeway Bay menjadi hak miliknya sepunuh. Inspektor Lee ditugaskan untuk menangani masalah pergaduhan diantara kongsi-kongsi gelap,dia baru sahaja di tugaskan di Causeway Bay untuk memerhati tingkah laku ahli-ahli kongsi gelap. Keadaan semakin menjadi tegang apabila Ho Nam telah berjumpa dengan Szeto semasa keluar untuk makan malam tahun baru cina bersama teman wanita dan neneknya di sebuah restoren. Szeto telah membawa pengikutnya supaya memenuhi restoren tersebut supaya Ho Nam tidak dapat makan, dan untuk menaikkan marah Ho Nam,tapi Ho Nam telah menghubungi Inspektor Lee untuk menyelesaikan masalah tersebut, Inspektor Lee telah mengarahkan supaya Szeto serta para pengilutnya untuk beredar daripada restoren tersebut sebulum di masukkan ke dalam lokap. Szeto mengalah, dan meninggalkan restoren tersebut. Ikutilah siri ini, sila download di link bawah.

Size = 547MB
Audio = Chinese
Subtitle = English
Download link = http://www.megaupload.com/?d=LMGZGFGL


Young And Dangerous VI

Pelakon Young And Dangerous 6 ialah Ekin Chen yang memainkan watak Chang Ho Nam yang merupakan ahli kongsi gelap bertaraf tinggi di dalam Organisasi Penjenayah Hong Kong. Bersama Chen ialah Jordan Chan sebagai Chicken, merupakan ahli kongsi gelap bertaraf tinggi di dalam Organisasi Penjenayah Taiwan. Apabila kumpulan Chicken bercadang untuk bergabung bersama Kumpulan Kongsi Gelap Jepun, satu perkahwinan yang di aturkan oleh Ketua Penjenayah Jepun, iaitu ayah kepada bakal isteri Chicken. Semuanya berjalan dengan lancar tetapi anak kepada ketua penjenayah Taiwan mempunyai motif lain, dan ingin memecahbelah kan Kumpulan tersebut. Seperti yang dijangkakan, dia mahu menjadi ketua kepada kumpulan kongsi gelap Taiwan dan mengkhianati kumpulan tersebut dan membunuh sesiapa yang menghalang hasratnya itu.

Size = 380.39MB
Audio = Chinese
Subtitle = English
Download link = http://www.megaupload.com/?d=6RE7V3DM

Janakan Pendapatan dengan Catcheye


Ini bukan penipuan, ia bergerak seperti blog. Sekiranya ada orang membukak blog, maka duit pun masuk….tidak percaya, sila tengok suarat khabar harian metro 12 atau 13 haribulan april 2010. Seorang penulis blog menjana keuntungan sebanyak RM10000 sebulan.
Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,

ya,mudah saja,klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level, tahu tak awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..banyak tu .. awak tak nak ke? JOM la JOIN saya..benda ni 100% percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda
free xkan tak boleh ajak..

untuk maklumat awak,keahlian catcheye telah
mencecah 91,728orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan
penipuan..

Cara nak register:
1.klik link yg kt bwh.

http://www.catcheye.com.my/?r=100786

2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting
sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)

4.Isi jawapan:
soalan 1 jawapan A (atas sekali),
soalan 2 jawapan B (yang tengah),
soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5.klik agree and proceed..
6.Anda wat confirmation gn tgk kt email kowg.. Ok siap

kemudian apa perlu buat?
1.klik sign in
2.lepas sign in klik Goto panel
3.Anda lihat akaun anda ade RM1 (bonus) dan link anda.
4.Copy link anda dan gantikan link saya ini dengan link anda.
5.postkan risalah saya ni di buletin myspace/facebook & emailkan kepada kawan2.
6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.
percayalah!sebab
benda ni percuma dan REZEKI ..TAK RUGI APE2 U,TRY jela....
J0MLA J0IN.. =)
DAFTAR KAT LAMAN WEB BAWAH NI...
FREE JE...
Catcheye.com.my | A different approach to advertising
www.catcheye.com.my
Catcheye is an online advertising platform where we reward everyone for viewing ads. Earn reward points by viewing our ads, which can converted into cash or other prizes.

Thursday, May 13, 2010

Restoran City di Facebook


hmmm...korang smer ade men ney x kt Facebook? sebenarnya aku xbrapa pham lg sal game neh walopon dh agk lame men...kalu korng smer ade tips2 utk levelling cpt, dptkan duet banyak, cara nk hias dlm dia...korng kongsikan laa dgn aku...aku harapkan nya...

kt Facebook, bkn game neh saje aku men...aku men Football Premier, Farmville, Cafe World...kalu korng ade men jgk, then korang ade tips yg boleh membantu...kongsikan lah kt sini...

Wednesday, May 12, 2010

selamat hari lahir ^_^























♥♥♥ selamat hari lahir yang ke-19 bt Nurul Farhana ^_^ saya doakan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, senyum selalu, berjaya dlm hdup.

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Tuesday, May 11, 2010

Piala Dunia Afrika Selatan 2010



demam bola sepak Piala Dunia semakin memuncak tidak kira dimana jua, aku pasti korang semua sudah ada pasukan pilihan masing-masing...pada tahun ini, aku memilih Portugal untuk memenangi Piala Dunia dengan adanya Cristiano Ronaldo dan beberapa bintang lain akan dapat membawa Portugal untuk memenangi Piala Dunia, Portugal yang sekarang berada di ranking ke 3 dunia di bawah Sepanyol dan Brazil selaku top-one yang terbaru, setelah menyingkirkan Sepanyol yang kini berada di tangga ke 2...pada mulanya Sepanyol telah memegang ranking pertama selama beberapa bulan...Sepanyol juga merupakan pilihan kejuaraan, yang dibarisi oleh beberapa bintang ternama seperti Fernando Torres, David Villa dijangka akan memenangi Piala Dunia 2010...tetapi pasukan seperti England, Belanda, Perancis, Brazil, Argentina, Itali, Jerman tidak akan memeberi laluan mudah untuk Sepanyol untuk memenangi Piala Dunia 2010 ini...Portugal mempunyai Cristiano Ronaldo yang tidak di miliki oleh mana-mana pasukan di dunia ini...Ronaldo merupakan pemain 'one in a million'...jadi aku harap pasukan Portugal akan memenangi Piala Dunia ini nanti... ^_^
 


[tutup]