Monday, June 14, 2010

Cinta Tak Perlu Dipaksa

Budak Kacamata

Cinta Tak Perlu Dipaksa

Jikalau telah tersurat
Aku jadi milikmu
Tiada siapa yang dapat
Menghalang kenyataan itu

Hanya serah dan berdoa
Moga tiada bencana
Mengiringi perjalanan kita
Moga tersisih noda

( 1 )
Ku berjanji dengan sepenuh hatiku
Kan memahamimu
Tidak sedikit pun akan kusakiti
Hati dan hidupmu

Tidak mungkin itu sekali terjadi
Oh tidak mungkin...
Tidak sekali kan ku berubah hati
Berubah janji...
Kuharap engkau pun sama

Jikalau ku tak peduli
Itu bukan maksudku
Untuk melepaskanmu
Tinggalkan dirimu

Hanya ingin beri mu
Tenang dan kebebasan
Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa

( ulang dari 1 )

Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa


Sunday, June 13, 2010

Tag, Award by Syaza Kelyza

thanks to SyazaKelyza
sebab bagi tag, award! ^_^



saya jawab tag awak yea ;)

1. Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama itu ?
iniblognasrulanaz - sbb xtahu nak letak nme ape..hehe

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana
boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu ?
http://iniblognasrulanaz.blogspot.com
simple, sbb mase tu xde idea sgt nk menamakannya,
mybe link dia akan berubah satu hari nnti Insyallah ;)

3. Apakah method penulisan dalam blog anda ?
method penulisan nya suka ati je...hehehe

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda ? Sebabnya ?
setakat neh blum ade lagi, mase depan tu xtau laa...hehe

5. Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda
dan apa kata mereka ?
stakat neh blum lagi, sebab abah xde laptop
sndri ag...hahahah ^_^

6. Apakah perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa
anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan
blog anda cantik ?
buat xtau sudaa..hehehe..janji ade
ag org yang ckp cantek ;)

7. Bilakah anda mula mempunyai blog ?
tarikh yg sebetulnya xegt
tp dh main blog sbulan lbey daa kot :)

8. Siapakah orang pertama yang
mengetahui anda mempunyai blog ?
hanaMoveAlone ^_^

9. Apa perasaan anda apabila orang mengatakan
tentang blog anda di sekolah/universiti/tempat kerja ?
lantak dorang laa nak ckp pape pon
bukan mati pon kan? hahahah :D

10. 10 orang untuk di-tag
hanaMoveAlone
Ashralf
Wawa Takizawa
CikLeeza
katakosong
ct

p/s : xtau nk tag sape lagi, ckup laa 6 orang kt atas yea ^_^

Desktop

screenshot desktop aku

pada pandangan korang, laptop aku pkai OS Windows jnis ape? msti rmai jwb VISTA kn? salah...
sebenarnya aku hanya menggunakan OS XP SP3, tp telah diubahsuai sdikit utk nmpak lebih menarik.

aku lebih biasa menggunakan Windows Xp berbanding Vista/Windows 7, walaupn Xp agak lama berbanding Vista?7, Xp lebih stabil dan banyak diguna pakai walaupun Vista/7 di keluarkan. Bagi aku, Xp tidak cerewet berbanding Vista/7, kedua-dua Vista/7 memerlukan RAM sekurang-kurangya 1GB utk menggukannya, tp itu masih tidak ckup, kalau korang nk menggunakan Vista/7, laptop/desktop korang sekurang-kurangnya ada RAM 2-4GB utk penggunaan maksimum.

berbanding dgn Xp, laptop/desktop yg mempunyai RAM 1GB sdah boleh digunakan secara maksimum dan sesuai dgn pelbagai perisian. Jd, buat masa ini aku lebih sesuai menggunakan Xp, kalau korang nk Xp nmpk menarik, korang boleh ubahsuai dgn memuat-turun Theme, Icon, Wallpapaer yg menarik utk Xp. Aku syorkan korang download Tune-Up Utilities. Perisian ini digunakan utk tweaks laptop/desktop korang utk menambah kelajuan, defragment disk, susun startup.

Saturday, June 12, 2010

Tidur Seranjang Dengan Suami Orang

Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja namanya Andy).Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy.

Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang profesionaldan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.

Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayang i Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakinjatuh hati kepada Andy.

Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional
di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuriurusan
pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah dan Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.

Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak "sedikit senang" dengan kondisi darurat tersebut)!

Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.

Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat diadmirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang kecil.

Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:
"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya
ditutup saja?"

Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur
sehingga dia berkata lagi:
"Abg Andy..."

Kali ini Andy langsung menjawab:
"Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"

Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh
mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:
"Maksud abg Andy?"

"Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu, seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"

Wah, wah,wah...tekun baca nmpak... Tension kan . Boleh imagine muka semua orang. Dah sekarang boleh balik buat kerja yang patut dibuat.
 


[tutup]